Saksikan kehebatan Godzilla dan Kong dalam kemaskini 1.4 PUBG Mobile

Inilah masanya untuk titans mengamuk!

Saksikan kehebatan Godzilla dan Kong dalam kemaskini 1.4 PUBG Mobile

Kuala Lumpur: Godzilla vs Kong adalah highlight pada tahun ini. Daripada filem hinggalah karya lain yang ditunjukkan.

Kali ini, ia hadir ke PUBG Mobile hasil kerjasama dengan Warner Bros. Pictures dan Legendary Pictures. Pemain akan dapat menikmati pengalaman berinteraksi dan menyaksikan kekuatan titans ini pada jarak dekat.

Berserta kemaskini ini adalah mod-mod baharu, peta arena baharu, kenderaan dan penambahbaikan kombat serta item baharu.

Sejak 11 Mei, Godzilla sudah dilihat di peta Erangel. King Kong pula buat kemunculan pada Raya Ketiga (15 Mei) manakala Mechagodzilla pada peta Livik (20 Mei ini).

Kesemua mereka akan terus berada dalam permainan sehingga 8 Jun ini.

Yang menariknya, pemain perlu berhati-hati ketika melihat titan dari jarak dekat kerana anda mungkin dipijak. Positifnya, mereka akan menjatuhkan kristal tenaga untuk memberikan kelebihan kepada pemain dalam perlawanan.

Terdapat juga fasiliti APEX Cybernetics dan tempat raksasa boleh diteroka dan dilawati.

Pemain juga boleh menikmati arena dinamakan Hangar yang menyokong mod TDM, Training Arena dan Team Gun Game.

Di samping itu, PUBGM menyediakan mod over the shoulder (OTS) yang membolehkan anda bertukar posisi tanpa perlu gunakan skop dan anda boleh stabilkan kedudukan ketika menyasar pada pihak musuh. Kenderaan baru, Coupe RB juga boleh ditemui. Sebuah kereta sports dua pintu, paling laju dalam permainan dan mencapai kelajuan 150KM/jam.

Butiran lanjut boleh didapati di laman Facebook rasmi PUBG Mobile.