Luminaire juga tak ikut MSC 2021

Siapa akan ganti Luminaire?

Luminaire juga tak ikut MSC 2021

EVOS Legends antara pasukan yang hebat di Indonesia, memenangi liga MPL ID musim ketujuh baru-baru ini.

Dengan adanya slot ke Piala Asia Tenggara (MSC 2021), pastinya ramai yang ingin tahu apakah roster penuh bagi Macan Putih ini.

Ternyata, pemain pilihan ramai iaitu Ihsan "Luminaire" Besarik tidak ikut serta di MSC 2021.

"Tak ada (ikut MSC). Cuma saya yang tahu perit dan getir main MPL selama tiga bulan. Ramai yang tak tahu apa saya lalui.

"Jujur, saya tak rasa semangat kompetitif (adrenalin) main di MSC. Kalau dipaksa main, saya risau akan toksik ke pasukan sebab tak ada tujuan menang MSC," katanya dalam satu temubual bersama Jonathan Liandi menerusi rancangannya, Empetalk.

Tambahnya lagi, beliau pernah raih pencapaian lebih dari itu (M1). Katanya, bukanlah bersifat munafik dan kerana kejohanan MSC ini dalam talian, ia bukanlah pilihan utamanya.

Ini memberi persoalan jika REKT atau LJ yang akan dijadikan midlaner untuk EVOS Legends.

Sumber rujukan: ONE Esports