FIFA 21: Saksikan pemain Malaysia bertarung dalam VBL Grand Final pada jam 8 malam ini

Jangan lupa bagi sokongan untuk wakil Malaysia!

FIFA 21: Saksikan pemain Malaysia bertarung dalam VBL Grand Final pada jam 8 malam ini

Kuala Lumpur: Asia FIFA 21 Final, sebahagian daripada siri VBL International 21 kini sudah tiba kemuncaknya. Tiga pemain Malaysia akan bertarung adalah Muzaffar "Chamack" Zuhair, Faid "Draco" Said dan Amirul "mirole".

Peringkat akhir VBL International ini dijadualkan secara siaran langsung di Facebook Gamesbond pada jam 8 malam ini.

Ia bermula pada 4 Mei lalu, memberikan peluang kepada peserta dari serata dunia (17 negara bertanding dan sembilan dari benua Asia) bersaing bagi menentukan yang terbaik di negara mereka dan melayakkan diri ke salah satu dari empat Final peringkat serantau (Amerika Utara, Amerika Selatan, Asia FIFA 21 dan Asia FIFA ONLINE 4).

Di Asia, sembilan negara terlibat dibahagi kepada dua kejohanan. Salah satunya melalui FIFA ONLINE 4, dimana China, Korea, Vietnam dan Thailand akan bersaing untuk merebut takhta kejuaraan pada 29 Mei ini, dan satu lagi melalui FIFA 21, dimana pesaing dari Jepun, Singapura, Indonesia, India dan Malaysia bersaing di platfom PS4 menggunakan FIFA 21 mod 90.

Bagi bahagian FIFA 21, terdapat dua peringkat saringan diadakan secara berasingan dan diadakan secara atas talian. Malaysia dan Indonesia di dalam kumpulan saringan yang sama manakala Jepun, Singapura dan India bersama di dalam kumpulan saringan yang kedua.

Peminat Bundesliga boleh bersaing merebut hadiah terkumpul sebanyak AS$10,000 (RM41,000).

Seramai 16 pemain berjaya melayakkan diri ke VBL International Series 2021 – Asia FIFA 21 Final, dimana pemenang akan membawa pulang hadiah utama.

“Populariti Bundesliga serata dunia telah memperlihatkan perkembangan International Series yang semakin baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bundesliga International, Robert Klein. 

"Menarik mengenai VBL International Series adalah ianya memberikan peluang kepada semua untuk berjaya. Samada anda pemain berpengalaman atau semulajadi yang baru bermain, anda berpeluang ke peringkat akhir," tambahnya.